Saturday 9 July 2011

KENANGAN TERINDAH

Alhamdulillah...tercapai jugak akhirnya impianku untuk menjejak kaki ke Tanah Suci Makkah bersama keluarga...dgn izin Allah tanggal 1 Jun 2011 bersama-sama 20 org ahli keluarga termasuk kakak ipar..anak2 saudara berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah dan ziarah..sebelum ke Mekkah tidur semalam di Lahore,Pakistan.....peh le tum..peh le tum sekejap kat sana he..he..


 ni la kakak2 ipar dan biras ku....masing2 nak tunjuk gaya menawan he..he..kalau bab berposing memang tera...

Kenangan di Terminal Haji,Jeddah

Perjalanan dari lapangan terbang Jeddah ke Madinah ambil masa 5 jam untuk sampai...inilah pemandangan2 yang aku lalui sepanjang perjalanan...hanya bukit2 batu..tanpa pokok hijau seperti kat negara kita....sungguh menakjubkan....sepanjang perjalanan aku menitiskan air mata..pertama kerana terlalu gembira kerana diberi kesempatan oleh Allah menjejak kaki di tanah haramNYA...ke dua..aku terkenangkan perjuangan Rasulullullah dlm mnegmbangkan syariat Allah..dlm suasana yg gersang ini....ya Allah maha suciMU dapat aku menyaksikan keindahan ciptaanMU....





Bermacam2 perasaan yg bermain di dlm hatiku...sebak..sayu...aku hanya berdiam diri sepanjang perjalanan ke Madinah...tak sabar aku hendak menatap makam Rasulullah..dan bersolat di Raudhah....kebetulan kami sampai hari tu jatuh pada hari Jumaat..penghulu segala hari...rasa sangat bertuah kerana dapat bersolat jumaat di Masjid Nabawi buat pertama kalinya....

bersama ahli keluarga di hadapan Masjid Nabawi

 anak2 dan suami...

Di bawah kubah berwarna hijau itulah terletaknya makam Rasulullah dan sahabat2nya....selama 3 hari di Madinah kami dibawa melawat tempat2 bersejarah seperti kilang mencetak Al-Quran,Masjid Quba' dan membeli belah buah kurma di kebun kurma....

musim pokook kurma berbuah..

tak melepaskan peluang merakam kenangan di kebun kurma bersama suami...

bersama Aisyah (kiri) di hadapan kilang mencetak Al-Quran..

kenangan di hadapan Masjid Quba'

Bukit Uhud
Setelah 3 hari di Madinah....selepas membuat ziarah widaq kpd Rasulullah..kami bertolak ke Bir Ali untuk berniat ihram dan meneruskan perjalanan ke kota Makkah...inilah saat-saat yg aku nanti2kan...melihat Kaabah di Masjidil Haram....

Along (gambar atas) dan Najmi bersiap sedia memakai ihram untuk ke Bir Ali..


di Bir Ali selepas selesai memasang niat ihram..maka bermulalah pantang larang berihram...

kenangan di perhentian R&R semasa perjalanan ke Kota Mekah...

Alhamdulillah....akhirnya aku menjejaki kaki ke Kota Mekah...

ya Allah...berguguran air mataku tatkala melihat Kaabah buat pertama kalinya di hadapan mataku...selama ini hanya menatap di tv atau majalah je.....maha besarMU ya Allah...aku berdoa sepuas2nya di sini...

betapa ramainya
 umat Islam dari seluruh dunia datang mengerjakan umrah ketika itu....


inilah suasana di mana umat islam mengerjakan tawaf yg sempat aku rakamkan....


bersama anak2 ketika melakukan tawaf sunat...

Selama 9 hari di Makkah..kami dibawa melawat ke tempat2 bersejarah seperti Jabal Tsur,Jabal Rahmah,Gua Hiraq dan ladang ternakan unta....walaupun letih..kehausan..kepanasan..suhu paling tinggi pernah aku rasa 52darjah Celsius....aku terpaksa bepurdah di sana untuk mengelakan haba panas menggigit muka....

 seronoknya Along dapat naik motor jip...dia takut nak naik unta..he..he..

 aku dan Betty je memberanikan diri naik unta ni...pengalaman yg sangat menyeronokan....

bukit di belakang anak saudaraku Haikal inilah Jabal Rahmah...

bukit di belakang aku ini adalah bukit di mana Rasulullah membaca khutbah jumaat yg pertama...

bergambar bersama unta di ladang ternakan unta....he..he..unta pun nak enterpreme gak..

 tapak bangunan di mana termeterinya perjanjian hudaibiyah di antara puak musyrik dgn Rasulullah..

di masjid Hudaibiyah...tempat berniat ihram...

 5 sepupu.....kenangan di Tan'im salah satu tempat bermiqat...




bergambar di hadapan rumah tempat kelahiran Rasulullah...

 kenangan di Masjid Terapung , Jeddah..

indahnya Laut Merah.....


Aku bersyukur sangat2 kerana mendapat peluang ini...insyaallah aku dan suami memasang niat untuk mengerjakan haji pulak suatu hari nanti...semoga Allah memurahkan rezeki dan memanjangkan usia dan mengurniakan kesihatan yg baik supaya kami dapat segera ke sini lagi....Amin ya rabbalalamin.....kami meneruskan perjalanan ke Lapangan Terbang Jeddah untuk pulang ke tanah air...selamat tinggal Mekkah & Madinah...aku harap ini bukanlah lawatan aku yg terakhirnya...


tiba di KLIA...perhentian terakhir....semoga kami membawa pulang umrah yg mabrur..amin..!!!

1 comment: