Tuesday 20 December 2011

KEK COKLAT MOIST


Besday kek untuk anak sulung akak yg ke16



kek 3 tingkat ditempah oleh Kak Ngah sempena hari lahir Abg Mat yg ke 47 RM190



ditempah Kak Ita untuk besday kawan kat ofis dia...moga memenuhi citarasa Kak Ita n kawan2.....RM65



tempahan dari Datin Aminah untuk besday anaknya.....RM65





Strawberry buquet....RM45 (untuk tempahan - 012 9051539 (kak Su)




sedia menerima tempahan .....untuk satu coklat box 12pcs ni ada 3 perisa (coklat,bublerice,copicino) harganya RM10

Monday 5 December 2011

KENANGAN AKHIR BERSAMA MERTUA TERSAYANG


Inilah gambar terakhir akak ambik bersama arwah mertua akak pada raya puasa yg lepas....Allah lebih menyayangi mak....mak pergi pada 30/11/2011 yg lepas pada usia 81 tahun.....akak rdha dengan ketentuan Allah....akak tak rasa ralat sebab akak adalah orang terakhir bersama mak di hospital sebelum mak koma dan meninggal 3 hari kemudiannya.....sempat jugak akak bersembang2 dgn mak dan menolak mak ke bilik air...akak tak sangka mak akan koma selepas itu..padahal mak nampak sihat je....walaupun ibu mertua tetapi bagi akak dia bagai mak akak sendiri tambah2 mak kandung akak dah meninggal 6 tahun yg lalu..jadi mak mertualah tempat akak mengadu hal dan memintak nasihat.....mak pulak tak pernah membeza2kan anak sendiri dengan menantu perempuan..baginya menantu2nya adalah anak2nya sendiri....apa yg anak perempuan dapat....menantu perempuan pun turut merasainya jugak...Alhamdulillah akak bersyukur sangat2 dapat berada di dalam keluarga mak mertua akak....dulu akak selalu mendengar kawan2 bercerita perihal mertua masing2 yg bermacam2 kerenah sehinggaka ada yang berdengki dengan menantu pun ada....bersyukur sangat2 akak dikurniakan mertua yang sangat baik..sporting..sampaikan kalau akak bergaduh2 manja dengan suami...mak akan membela akak...he..he..suami sendiri pun jeles ngan akak...dia je selalu kena marah ngan mak dia...he..he..mana lagi nak dapat mertua yang sebegini baik.....jadi bila mak dah  meninggal...akak betul2 rasa kehilangan....bukan akak jer anak2 pun tambah2 lagi suami akak le..sampaikan hari pengkebumian mertua akak suami menangis teresak2....selama 16 tahun berkahwin ni le kali ke2 akak lihat suami menangis...kali pertama masa pertama kali kami menjejak kaki ke tanah suci Mekkah.....kenangan ini akan akak simpan dalam lipatan memori akak sampai bila2......Al-Fatihah untuk mak.....semoga roh mak bersama orang2 yang beriman.......Luv U mak.......

MOIST CHOCOLATE CAKE BESDAY ALONG YG KE 16


semenjak dua menjak ni akak berminat betul untuk membuat kek coklat moist...tambah2 plak anak2 dan suami juga amat menyukai kek ni dari kek2 jenis lain yg penah akak buat....untuk besday Along pun kek ni jugak lah yg dia mintak akak buatkan.....Alhamdulillah setakat hari ni dah beberapa biji kek coklat dah akak mendapat tempahan dr kawan2 dan saudara mara....dulu akak tak berapa minat nak ambik tempahan org sbb akak tak pandai nak mendeko cantik2 cam kat kedai....tapi kali ni akak cuba memberanikan diri...dan cuba belajar sikit2 cara mendeko kek ni....







yang ni pulak heart shape chocolate box....akak cuba2 jer ni....






yang plak Bubble rice chocolate praline....mula2 buat untuk makan2 anak beranak jer...tak sangka plak akan menjadi bisnes plak.....selalu mendapat permintaan dari kawan2 pejabat kakak ipar....lepas ni insyaAllah akak akan mempelbagaikan bentuk dan warna coklat akak ni......

Friday 16 September 2011

KEK GULA HANGUS


Bahan2:-


1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 sudu mentega/butter
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung naik sendiri
4 biji telur
1/2 s/teh esen vanila
2 s/t soda bikarbonat

Cara2 :-

1) masukan gula pasir dlm periuk masak hingga cair dan keperangan..kemudian tuang air panas sedikit2 hingga habis...dan masukan mentega dan esen vanila.. kacau hingga cair kemudian ketepikan biar ia sejuk

2) pukul telur hingga kembang..masukan susu pekat dan kacau hingga sebati..kemudian masukan tepung dan soda bikarbonat yg diayak terlebih dulu dan masukan ke dlm adunan gula tadi...parap selama 1-2 jam

3) lanserkan mentega pd loyang kemudian tuang adunan dan tutup loyang dgn aluminium foil dan kukus selama 40 min...atau boeh juga dibakar selama 1 jam atau hingga masak...sejukan sebelum memotong...


Sunday 11 September 2011

KEK COKLAT KUKUS


Bahan A :-

1 cawan gula pasir/perang (akak pakai gula perang)
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu segar/cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak/butter cair

Bahan B :-

3/4 cawan tepung gandum (akak pakai superfine)
1 s/t soda bikarbonat
1 s/t baking powder
(semua bahan diayak sebanyak 3X untuk dapat tekstur yg lebih halus)


Bahan C :-

4 biji telur - dipukul hingga kembang


Cara2 :-

1)satukan semua bahan A dlm peiuk kemudian masak atas api perlahan dikacau selalu hingga larut dan sebati...dah mendidih tutup api ketepikan sehingga sejuk

2) masukan bahan B dan C kedlm adunan A tadi kacau hingga sebati kemudian tapiskan...adunan ni sememangnya cair jer...

3) Panaskan pengukus....

4) sebelum melakukan proses mengukus..panaskan dahulu loyang yg digris dgn butter kemudian baru dimasukan adunan tadi dan tutup loyang dgn aluminium foil supaya tidak masuk wap air...(sebelum itu aluminium foil hendaklah disapu dgn butter dulu supaya kek tidak melekat bila ia naik nnti...)

5) kukus selama 1 jam 15 min.....


bahan2 topping :-

200ml whipping cream
250g coklat masakan 
secubit garam

panaskan whipping cream guna teknik double boiled kemudian masukan coklat masakan dan garam gaul sehingga hancur dan sebati...dah sejuk bolehlah dicurahkan ke atas kek tadi....

Thursday 18 August 2011

NASI DAGING UTARA

ini adalah salah satu menu nasi kegemaran akak.....jom kita layan resepinya mudah dan senang jer....

Bahan2nya :-

3 cawan beras basmathi (rendam 20 minit kemudian toskan)
1/2 kilo daging (potong ketul2 kecil)
3 s/b rempah kurma MAGGI mix
2 s/b minyak sapi
1 cawan susu cair
1 paket sup punjut ADABI
2 s/b tomato puri
1 helai daun pandan
1 batang serai dititik
1 pokok daun ketumbar
2 s/k garam halus
sedikit kismis

Bahan tumis :

*1 labu bwg besar 
*3 ulas bwg putih 

*1 inci halia      

rempah 4 beradik (bga lawang,cengkih,kulit kayu manis,buah pelaga)


bahan bertanda * dikisar halus




Cara2:-

1) rebus daging bersama sup pujut dgn 4 cawan air mengikut sukatan beras
2) dah empuk daging keluarkan daging dan sup punjut tinggalkan stoknya(air rebusan daging) untuk di masak bersama nasik
3) tumiskan bahan tumisan sehingga naik bau kemudian masukan rempah kurma kacau sehingga keluar minyak
4) masukan beras kedalam rice cooker kemudian tuangkan rempah tumisan tadi,susu cair,daging,stok daging,tomato puri,kismis,serai,daun pandan,daun ketumbar dan garam
5) kacau sebati kemudian tanak nasik sehingga masak....

sedap dimakan bersama air asam kerisik..dalca..acar dan papadom...hmmmm wallah..!!!


PUDING SANTAN LEMAK MANIS


Bahan2 :-

1 paket agar2 serbuk
5 cawan air
1 1/2 cawan gula
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
1 s/k pandan emulco/esen perisa pandan dan pewarna hijau
secubit garam

Cara2:-

1) larutkan agar2 serbuk dlm air kemudian masukan semua bahan di atas masak sehingga mendidih

2) apabila agar2 tadi dah sedikit sejuk..tapis dahulu kemudian baru masukan ke dlm acuan dan sejukan dlm peti ais
    sedap dimakan sejuk2......











Wednesday 17 August 2011

APAM YOGURT BLUEBERRY


Bahan2 :-

2 biji telur
50g gula
140g yogurt
1 s/k esen vanila
1 s/b butter/mentega/minyak
150g tepung gandum
2 s/k baking powder
jem blurberry


Cara2 :-

1) pukul telur,gula dan butter hingga kembang

2) masukan yogurt ,butter cair dan esen vanila

3) tambahkan tepung dan baking powder yg diayak kacau sebati

4) masukan dlm acuan puteri ayu

5) kukus selama 20-25 minit

6) angkat dan letakan filling blueberry atau apa2 filling yg disukai...

Saturday 13 August 2011

PANCAKE DURIAN

Hari ni kita cuba resepi baru yg lain plak.....tak tau le sedap ke tidak...nampak mcm sedap jer...jom kita layan resepinya....

Bahan2 untuk kulit :-

250g tepung gandum
3 biji telur
500ml santan
1/2 sk garam

** Blend semua bahan di atas kemudian dadarkan nipis2 sehingga habis adunan..***


Bahan2 untuk inti :-

1 kotak whipping cream
gula (terpulang pd citarasa anda...)
isi durian

** pukul whipping cream,gula, dan isi durian sehingga pekat kemudian letakan di atas kulit tadi dan lipat..pastu masuk je dlm peti sejuk 1 - 2 jam kemudian baru dimakan...**




ini le rupanya pancake durianku.....

Thursday 11 August 2011

NASI BRIYANI ARAB SPECIAL



Hari2 pasti pening kepala akak memikirkan apa nak dimasak hari ni...hmmmm!!! cari punya cari..akhirnya akak nekad nak buat nasi ni...ini le rupanya NASI BRIYANI ARAB SPECIAL....akak buat untuk berbuka tadi...setiap kali bila mencuba resepi baru...akak mesti tertunggu reaksi suami dan anak2...sedap ke idak ni...!!! berbunga2nya rasa hati ini...apabila cik abang memuji sedap katanya..hu..hu..dua pinggan dia balun...wah..wah..!!! hilang terus rasa penat memasak tadi bila semua puji kata sedap...he..he..alhamdulillah..terima kasih le pd tuan empunya resepi ni....

nak tau resepinya......taraaaa!!!!!

1 kg beras basmathi..(akak pakai 3 cawan je...) basuh dan rendam dulu selama 20 minit
1 paket perencah briyani MAGGI
1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
*1 labu bwg besar
*1 inci halia
*2 ulas bwg putih
2 s/b tomato puri
2 s/b minyak sapi
1/2 cwn susu cair
kismis
3 cwn air atau secukupnya
rempah 4 beradik (bunga lawang,cengkih,kulit kayu manis dan buah pelaga)

Cara2 :-

1) basuh dan toskan ayam kemudian perapkan dgn rempah briyani
2) panaskan minyak dan tumiskan rempah 4 beradik tadi bersama bahan2 yg dikisar (bahan bertanda *) sehingga naik bau..
3) kemudian masukan ayam dan garam gaul sebati sehingga ayam separuh masak kemudian tutup api
4) basuh beras dan toskan kemudian masukan dlm rice cooker gaul bersama tomato puri,kismis dan susu cair kemudian masukan ayam tadi tambah air dan tanak nasi sehingga masak....

** sedap dimakan bersama dalca,daging masak hitam dan acar...


PUDING KASTARD KOKTAIL



Bahan2nya :-
(A)
2 cawan tepung kastard
3 cawan air
6 s/b gula pasir

Bahan2 sos :-

1 tin buah2an campuran
1 tin susu cair
2 s/b tepung jagung 

Cara2 :-

1) campur kesemua bahan (A)... kacau atas api perlahan hingga pekat kemudian tuang ke dalam loyang dan sejukan

2) untuk sos kastardnya pula.....satukan semua bahan kecuali buah2an campuran cuma ambil airnya kacau atas api perlahan sehingga pekat...kalau nak makan jenis berkuah skip je langkah ni terus campukan je air buah2an ni dgn susu cair dan tuang ke dlm kueh kastard....

3) ambil kuih kastard yg disejukan tadi potong kecil2 dan masukan kedlm mangkuk kemudian tuang sos kastard dan tabur buah2an campuran di atasnya.....dah sedia untuk dimakan......

Wednesday 10 August 2011

KUIH KASWI PANDAN



Bahan2nya :-

1 cwn tepung gandum
2 cwn air diblend bersama 4 helai daun pandan
1 1/2 cwn gula pasir
sedikit pewarna hijau
1 s/k air kapur
sedikit garam digaul bersama kelapa parut (putih sahaja)

Cara2 :-

1) masukan 2 cwn air pandan kedlm mangkuk kemudian masukan tepung gandum, tepung ubi dan gula kacau hingga gula hancur dan sebati

2) tapiskan bahan2 diatas kedlm loyang dan kukus lebih kuirang 30 minit

3) apabila dah masak potong kuih dan taburkan kelapa parut di atasnya....


Tuesday 9 August 2011

SAGU GULA MELAKA

hari ni berbuka dgn sagu gula melaka la plak....ni le rupanya senang je nak membuatnya.....

Bahan2nya :-

sagu - direndam selama 20 minit kemudian toskan
gula melaka
susu cair
daun pandan


Cara2 :

1) masak gula melaka bersama daun pandan sehingga cair kemudian tapiskan dan sejukan

2) jerang air sampai mendidih kemudian cepat2 masukan sagu tadi...masak sehingga sagu kelihatan jernih

3) basuh sagu dan toskan..ambil sagunya masukan kedlm mangkuk kecil kemudian masukan gula melaka dan tuang susu cair...dah boleh dimakan...senangkan...!!!

SELAMAT MENCUBA.....

Saturday 6 August 2011

PUDING TELUR


Bahan2 :-

8 biji telur ayam
1 tin susu pekat manis
1 tin air
1 s/t esen vanila
pewarna kuning

Cara2 :

1) pukul telur kemudian masukan susu pekat manis,esen vanila,pewarna kuning dan air pukul lagi hingga sebati
2) tapis dulu sebelum dimasukan ke dlm acuan untuk dikukus
3) kukus selama 30 minit angkat dan sejukan...kemudian masukan dlm peti ais

SELAMAT MENCUBA.....

AYAM BAKAR MANDHI & NASI MANDHI

 bahan2nya :-

1 ekor ayam
1 s/b serbuk ketumbar
1 s/b serbuk jintan manis
1 s/b serbuk lada hitam
1 s/b serbuk kunyit
1 s/b rempah campuran
1 @ 2 ulas bawang besar - dipotong bulat
1 @ 2 biji lemon - dipotong bulat
garam
pewarna kuning
aluminium foil

Cara2 :-

1) cuci ayam dan toskan kemudian lumurkan kesemua bahan rempah serbuk dan garam
2) letakan dlm aluminium foil dan susun lemon dan bawang atas ayam dan balut..kemudian bakar dlm oven selama 1 jam...
3) 20 minit terakhir bukak aluminium foil dan keluarkan jus yg keluar dr ayam (jgn dibuang boleh dibubuh dlm ramuan nasi mndhi nanti..)
4) kemudian bakar lagi ayam tadi sehingga kering....







Bahan2nya -:

4 cwn beras basmathi ( akak pakai beras biasa je...tp lebih cantik kalau pakai beras basmathi la....pastu rendam dulu dlm 20 minit)
3 s/b minyak sapi
4 1/2 cwn air atau secukupnya
1 ulas bawang besar - dihiris nipis
3 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 inci halia - dihiris nipis memanjang batang mancis
1/2 cwn kismis
rempah untuk menumis (bunga lawang,kulit kayu manis,bga cengkih dan buah pelaga)
pewarna kuning
garam

Cara2nya :-

1) basuh beras dan toskan
2) tumis bahan yg dhiris nipis tadi dan rempah tumis sehingga naik bau masukan buah kismis dan kacau seketika 
3) tuang bahan tumisan tadi kedlm rice cooker masukan beras,garam,dan jus dr ayam tadi dan masak nasik...
4) apabila nasi dah kering buat lubang ditengah2nya letakan alumium foil dan letakan bara kayu arang bersama sesudu minyak dan tutup selama 2 minit supaya aroma asap kayu arang dapat meresap dlm nasi...(akak tak bubuh pun sbb takde arang..he..he..) boleh skip part ni....
5) bukak tudung periuk...keluarkan arang tadi dan bubuh pulak pewarna kuning dan gembur nasik dan masak lagi sehingga nasik masak..


Bahan Acar : 1 biji tomato dipotong dadu ,5 biji cili hijau dihiris nipis, 1 pokok daun ketumbar dihiris halus2,garam dan perahan lemon...gaul semua bahan....atau boleh jugak dimakan bersama acar nenas dan timun..

Tuesday 2 August 2011

AYAM PANGGANG BEREMPAH

Hidangan untuk berbuka hari ni..akak buat ayam panggang berempah ala-ala Kenny Roger's gitu....he..he..ni le ayam panggangnye......




Bahan2nya :


seekor ayam (akak buat separuh jer..)
1 ulas bawang besar
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 s/b L&P sos worchestershire
1 kiub pati ayam
2 s/b madu/gula
1 s/b serbuk cili
1 s/b serbuk rempah 
2 s/b sos lada hitam
sedikit garam

1) Bersihkan ayam dan toskan
2) Blender bahan2 di atas kecuali yg berbentuk serbuk kemudian lumurkan keatas ayam tadi dan perap selama 1  atau 2 jam
3) Bakar dlm oven lebih kurang 50 min......

boleh diangkat dan hidangkan.....hmmmmmm yummy..!!!! 



ni le rupanya L&P sos worcestershire kpd sesiapa yg nak tahu......

Monday 1 August 2011

TEPUNG PELITA

Hari ni akak cuba buat tepung pelita pulak....rupanya sama mcm kue tako yg semalam tu..cuma bahan2nya je lain...cadangnya hari ni nak buat kotak dari daun pandan plak...tup2 kat pasar umah akak ni dah kehabisan daun pandan la plak..jadi akak pakai acuan tako lebihan semalam jer...amacam..nak tau rasanya ..cuba le buat sendiri he..he..he..!!! jom kita layan resepi tepung pelita ni....




TEPUNG PELITA

Bahan2 :-

Lapisan Bawah

1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air di blend bersama 4 helai daun pandan
1/2 s/k air kapur

*** satukan semua bahan di atas dan masak atas api perlahan sehingga pekat kemudian tuang ke dlm acuan plastik berbentuk 4 segi (acuan kue tako atau kotak yg diperbuat dari daun pandan/pisang )dan sejukan ***

Lapisan Bawah

4 s/b tepung beras
4 cawan santan 
sedikit garam

*** satukan semua bahan di atas dan masak di atas api perlahan sehingga pekat..kemudian sendukan ke atas lapisan bawah tadi dan sejukan....***


SELAMAT MENCUBA.....,,,



Sunday 31 July 2011

KUEH TAKO

Hari ni hari pertama semua umat Islam berpuasa......hari ni jugak lah pertama kali akak membuat kueh tako kegemaran anak2 bila tibanya Ramadhan....selalu akak beli jek...ni le rupa kueh tako akak....taraaaa....!!!



Bahan2 :-

Lapisan Bawah

1 cawan gula
1 cawan tepung jagung
4 cawan jus pandan
sengkuang cina - dadukan
bekas plastik 4 segi kecil

*** masukan jus pandan dan tepung jagung kacau sehingga sebati kemudian masukan gula kacau lagi hingga gula hancur....setelah itu masukan ke dlm bekas plastik empat segi kecil (boleh dibeli di kedai barang2 kek) mcm dlm gambar kat atas tu....kemudian panas kan periuk kukus dan kukus lapisan bawah sehingga pejal..***

Lapisan Atas

1/2 cawan tepung jagung
4 cawan santan pekat
1 s/k garam

*** gaulkan semua bahan2 di atas sehingga sebati...kemudian tuang ke atas lapisan bawah tadi dan kukus lagi sehingga masak...kemudian bolehlah diangkat..sejukan dan dah boleh di makan....opppssss tunggu azan maghrib le dulu....he..he.. SELAMAT MENCUBA ***

Saturday 30 July 2011

BISKUT CINTA HATI



BAHAN2 :-

125g butter/marjerin
60g gula icing
1 biji kuning telur
30g tepung jagung
20g susu tepung
150g tepung gandum (tambah sedikit2 sekiranya adunan lembek)
1 s/t esen vanila

CARA2 :-

1) pukul butter, gula dan telur kuning hingga kembang
2) masukan tepung jagung, susu tepung dan esen vanila dan gaul  hingga sebati
3) masukan tepung gandum sedikit2 dan uli sehingga jadi doh dan terapkan  dengan acuan bentuk hati...
4) hiaskan dan bakar dgn api perlahan sehingga masak........

** untuk satu adunan ni boleh dapat sehingga 60 biji biskut**

SELAMAT MENCUBA......

Thursday 21 July 2011

BISKUT OH BISKUT...............


BISKUT HONEY PETAL

250g butter
50g shortening
1 biji telur
110g gula icing
2 s/b madu
100g bijirin honeystar -dikisar
50g tepung ubi
280g tepung gandum

cara2:-

1) gaulkan semua bahan di atas sehingga jadi doh dan terapkan mengikut bentuk yg dikehendaki boleh juga masukan pewarna yg disukai....

2) letakan biskut di atas dulang dan bakar sehingga masak selama lebihkurang 35 min....






BISKUT ALMOND 

250g butter
140g gula icing
100g badam hancur
80g tepung jagung
20g tepung beras
150g tepung gandum (tambah sedikit2 kalau adunan lembek)
1 s/t esen vanila/esen ros

cara2 :-

1) gaul buter dan gula sehingga kembang kemudian masukan kuning telur dan esen vanila gaul sebati
2) masukan tepung jagung,beras dan gandum sedikit uli sehingga jadi doh dan terapkan dgn acuan bentuk rama2
3) aturkan dlm loyang dan bakar sehingga masak.....





Hari ni kita belajar buat biskut sarang semut pulak.....he..he.. bahan2nya adalah :-

3 cawan tepng gandum
1/4 cawan tepung jagung
3/4 cawan gula halus
2 biji kuning telur
2 s/t esen ros/vanila
1 cawan planta
coklat rise
cup cake

Step 1 :


pukul gula, planta, kuning telur hingga kembang...kemudian masukan esen ros gaul sebati...masukan tepung jagung dan tepung gandum sedikit-sedikit..gaul sehingga sebati sehingga jadi doh seperti di atas.....


Step2 :


dengan menggunakan sagat timun.. mulalah menyagat doh sehingga jadi seperti gambar di bawah...awas jari ye...takut terluka lak nnti...




Step 3


sudukan hasil tadi ke dalam cup cake yg disusun dlm dulang pembakar.....dan...

Monday 11 July 2011

ROTI & BUN





Disebabkan rupanya yg berkerutu....juga gurauan dari kawanku Hisham..maka tercetuslah idea nak bg nama roti ni CHEESY FROGY BUN...

Bahan2 :

500gm kilo tepung roti
1 s/b marjerin
1 s/b shortening
9 s/b gula
6 s/b susu tepung
2 s/k bread improver
1 s/k garam
4 s/k yis
1 biji telur
225ml air
sedikit parutan cheddar cheese

cara2:

1) masukan semua bahan di atas ke dalam Bread Maker pilih menu bread dough
2) apabila dah selesai menguli angkat doh roti tumbuk2 sedikit tuk keluarkan angin
3) bahagikan dok kepada beberapa bahagian kecil seberat 50gm
4) bentukan roti sesuka hati anda...akak bulat2kan kemudian bg lonjong sikit sesudah itu gliskan bahagian        atas roti dgn telur dan taburkan cheddar cheese
5) biarkan seketika sehingga doh naik 2x ganda...kemudian masukan dlm oven dan bakar sehingga roti keperangan....dah masak angkat dan sejukan di atas redai..




BUN MANIS INTI LOTUS




bahan2 :

500gm tepung roti
1 s/b shortening
1 s/b marjerin
2 s/b susu tepung
6 s/b gula
4 s/k yis
2 s/k bread improver
1 s/k garam
225ml air
1 biji telur
lotus paste (beli siap di kedai bakery)
sedikit bijan

Cara2 :

1) satukan semua bahan dalam bread maker..ambil menu bread dough dan tunggu hingga selesai
2) dah selesai proses menguli..bahagikan doh kepada beberapa bahagian seberat 50g
3) bulat2kan doh kemudian tekan bg leper dan masukan lotus paste dan bulatkan semula doh tadi..masukan kedalam loyang yg digriskan dgn marjerin terlebih dulu
4) dah habis memasukan inti dlm doh...perap doh selama 1 jam supaya naik 2x ganda kemudian sapukan telur dan taburkan bijan di atas permukaan doh
5) bakar sehingga keperangan..angkat dan sejukan di atas redai....


Sunday 10 July 2011

MASAK-MASAK....


SOTONG MASAK LEMAK ASAM

Bahan2 :

1 kilo sotong  
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
seinci halia
sedikit serbuk kunyit
air asam jawa
sedikit santan
1 batang cili merah
garam dan perasa

cara2 :

1) bersihkan sotong dan toskan kemudian gaul dgn garam,kunyit dan perasa
2) potong bawang putih,besar,cili,halia
3) panaskan minyak dan masukan sotong biar seketika kemudian masukan bahan2 hirisan
4) bila sotong dah empuk masukan pula santan dan air asam jawa..
5) bila kuah dah mendidih bolehlah dihidangkan....

selamat mencuba.......anak2 akak suka sangat masakan ni...


Saturday 9 July 2011

KENANGAN TERINDAH

Alhamdulillah...tercapai jugak akhirnya impianku untuk menjejak kaki ke Tanah Suci Makkah bersama keluarga...dgn izin Allah tanggal 1 Jun 2011 bersama-sama 20 org ahli keluarga termasuk kakak ipar..anak2 saudara berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah dan ziarah..sebelum ke Mekkah tidur semalam di Lahore,Pakistan.....peh le tum..peh le tum sekejap kat sana he..he..


 ni la kakak2 ipar dan biras ku....masing2 nak tunjuk gaya menawan he..he..kalau bab berposing memang tera...

Kenangan di Terminal Haji,Jeddah

Perjalanan dari lapangan terbang Jeddah ke Madinah ambil masa 5 jam untuk sampai...inilah pemandangan2 yang aku lalui sepanjang perjalanan...hanya bukit2 batu..tanpa pokok hijau seperti kat negara kita....sungguh menakjubkan....sepanjang perjalanan aku menitiskan air mata..pertama kerana terlalu gembira kerana diberi kesempatan oleh Allah menjejak kaki di tanah haramNYA...ke dua..aku terkenangkan perjuangan Rasulullullah dlm mnegmbangkan syariat Allah..dlm suasana yg gersang ini....ya Allah maha suciMU dapat aku menyaksikan keindahan ciptaanMU....





Bermacam2 perasaan yg bermain di dlm hatiku...sebak..sayu...aku hanya berdiam diri sepanjang perjalanan ke Madinah...tak sabar aku hendak menatap makam Rasulullah..dan bersolat di Raudhah....kebetulan kami sampai hari tu jatuh pada hari Jumaat..penghulu segala hari...rasa sangat bertuah kerana dapat bersolat jumaat di Masjid Nabawi buat pertama kalinya....

bersama ahli keluarga di hadapan Masjid Nabawi

 anak2 dan suami...

Di bawah kubah berwarna hijau itulah terletaknya makam Rasulullah dan sahabat2nya....selama 3 hari di Madinah kami dibawa melawat tempat2 bersejarah seperti kilang mencetak Al-Quran,Masjid Quba' dan membeli belah buah kurma di kebun kurma....

musim pokook kurma berbuah..

tak melepaskan peluang merakam kenangan di kebun kurma bersama suami...

bersama Aisyah (kiri) di hadapan kilang mencetak Al-Quran..

kenangan di hadapan Masjid Quba'

Bukit Uhud
Setelah 3 hari di Madinah....selepas membuat ziarah widaq kpd Rasulullah..kami bertolak ke Bir Ali untuk berniat ihram dan meneruskan perjalanan ke kota Makkah...inilah saat-saat yg aku nanti2kan...melihat Kaabah di Masjidil Haram....

Along (gambar atas) dan Najmi bersiap sedia memakai ihram untuk ke Bir Ali..


di Bir Ali selepas selesai memasang niat ihram..maka bermulalah pantang larang berihram...

kenangan di perhentian R&R semasa perjalanan ke Kota Mekah...

Alhamdulillah....akhirnya aku menjejaki kaki ke Kota Mekah...

ya Allah...berguguran air mataku tatkala melihat Kaabah buat pertama kalinya di hadapan mataku...selama ini hanya menatap di tv atau majalah je.....maha besarMU ya Allah...aku berdoa sepuas2nya di sini...

betapa ramainya
 umat Islam dari seluruh dunia datang mengerjakan umrah ketika itu....