Thursday 18 August 2011

NASI DAGING UTARA

ini adalah salah satu menu nasi kegemaran akak.....jom kita layan resepinya mudah dan senang jer....

Bahan2nya :-

3 cawan beras basmathi (rendam 20 minit kemudian toskan)
1/2 kilo daging (potong ketul2 kecil)
3 s/b rempah kurma MAGGI mix
2 s/b minyak sapi
1 cawan susu cair
1 paket sup punjut ADABI
2 s/b tomato puri
1 helai daun pandan
1 batang serai dititik
1 pokok daun ketumbar
2 s/k garam halus
sedikit kismis

Bahan tumis :

*1 labu bwg besar 
*3 ulas bwg putih 

*1 inci halia      

rempah 4 beradik (bga lawang,cengkih,kulit kayu manis,buah pelaga)


bahan bertanda * dikisar halus




Cara2:-

1) rebus daging bersama sup pujut dgn 4 cawan air mengikut sukatan beras
2) dah empuk daging keluarkan daging dan sup punjut tinggalkan stoknya(air rebusan daging) untuk di masak bersama nasik
3) tumiskan bahan tumisan sehingga naik bau kemudian masukan rempah kurma kacau sehingga keluar minyak
4) masukan beras kedalam rice cooker kemudian tuangkan rempah tumisan tadi,susu cair,daging,stok daging,tomato puri,kismis,serai,daun pandan,daun ketumbar dan garam
5) kacau sebati kemudian tanak nasik sehingga masak....

sedap dimakan bersama air asam kerisik..dalca..acar dan papadom...hmmmm wallah..!!!


PUDING SANTAN LEMAK MANIS


Bahan2 :-

1 paket agar2 serbuk
5 cawan air
1 1/2 cawan gula
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
1 s/k pandan emulco/esen perisa pandan dan pewarna hijau
secubit garam

Cara2:-

1) larutkan agar2 serbuk dlm air kemudian masukan semua bahan di atas masak sehingga mendidih

2) apabila agar2 tadi dah sedikit sejuk..tapis dahulu kemudian baru masukan ke dlm acuan dan sejukan dlm peti ais
    sedap dimakan sejuk2......











Wednesday 17 August 2011

APAM YOGURT BLUEBERRY


Bahan2 :-

2 biji telur
50g gula
140g yogurt
1 s/k esen vanila
1 s/b butter/mentega/minyak
150g tepung gandum
2 s/k baking powder
jem blurberry


Cara2 :-

1) pukul telur,gula dan butter hingga kembang

2) masukan yogurt ,butter cair dan esen vanila

3) tambahkan tepung dan baking powder yg diayak kacau sebati

4) masukan dlm acuan puteri ayu

5) kukus selama 20-25 minit

6) angkat dan letakan filling blueberry atau apa2 filling yg disukai...

Saturday 13 August 2011

PANCAKE DURIAN

Hari ni kita cuba resepi baru yg lain plak.....tak tau le sedap ke tidak...nampak mcm sedap jer...jom kita layan resepinya....

Bahan2 untuk kulit :-

250g tepung gandum
3 biji telur
500ml santan
1/2 sk garam

** Blend semua bahan di atas kemudian dadarkan nipis2 sehingga habis adunan..***


Bahan2 untuk inti :-

1 kotak whipping cream
gula (terpulang pd citarasa anda...)
isi durian

** pukul whipping cream,gula, dan isi durian sehingga pekat kemudian letakan di atas kulit tadi dan lipat..pastu masuk je dlm peti sejuk 1 - 2 jam kemudian baru dimakan...**




ini le rupanya pancake durianku.....

Thursday 11 August 2011

NASI BRIYANI ARAB SPECIAL



Hari2 pasti pening kepala akak memikirkan apa nak dimasak hari ni...hmmmm!!! cari punya cari..akhirnya akak nekad nak buat nasi ni...ini le rupanya NASI BRIYANI ARAB SPECIAL....akak buat untuk berbuka tadi...setiap kali bila mencuba resepi baru...akak mesti tertunggu reaksi suami dan anak2...sedap ke idak ni...!!! berbunga2nya rasa hati ini...apabila cik abang memuji sedap katanya..hu..hu..dua pinggan dia balun...wah..wah..!!! hilang terus rasa penat memasak tadi bila semua puji kata sedap...he..he..alhamdulillah..terima kasih le pd tuan empunya resepi ni....

nak tau resepinya......taraaaa!!!!!

1 kg beras basmathi..(akak pakai 3 cawan je...) basuh dan rendam dulu selama 20 minit
1 paket perencah briyani MAGGI
1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
*1 labu bwg besar
*1 inci halia
*2 ulas bwg putih
2 s/b tomato puri
2 s/b minyak sapi
1/2 cwn susu cair
kismis
3 cwn air atau secukupnya
rempah 4 beradik (bunga lawang,cengkih,kulit kayu manis dan buah pelaga)

Cara2 :-

1) basuh dan toskan ayam kemudian perapkan dgn rempah briyani
2) panaskan minyak dan tumiskan rempah 4 beradik tadi bersama bahan2 yg dikisar (bahan bertanda *) sehingga naik bau..
3) kemudian masukan ayam dan garam gaul sebati sehingga ayam separuh masak kemudian tutup api
4) basuh beras dan toskan kemudian masukan dlm rice cooker gaul bersama tomato puri,kismis dan susu cair kemudian masukan ayam tadi tambah air dan tanak nasi sehingga masak....

** sedap dimakan bersama dalca,daging masak hitam dan acar...


PUDING KASTARD KOKTAIL



Bahan2nya :-
(A)
2 cawan tepung kastard
3 cawan air
6 s/b gula pasir

Bahan2 sos :-

1 tin buah2an campuran
1 tin susu cair
2 s/b tepung jagung 

Cara2 :-

1) campur kesemua bahan (A)... kacau atas api perlahan hingga pekat kemudian tuang ke dalam loyang dan sejukan

2) untuk sos kastardnya pula.....satukan semua bahan kecuali buah2an campuran cuma ambil airnya kacau atas api perlahan sehingga pekat...kalau nak makan jenis berkuah skip je langkah ni terus campukan je air buah2an ni dgn susu cair dan tuang ke dlm kueh kastard....

3) ambil kuih kastard yg disejukan tadi potong kecil2 dan masukan kedlm mangkuk kemudian tuang sos kastard dan tabur buah2an campuran di atasnya.....dah sedia untuk dimakan......

Wednesday 10 August 2011

KUIH KASWI PANDAN



Bahan2nya :-

1 cwn tepung gandum
2 cwn air diblend bersama 4 helai daun pandan
1 1/2 cwn gula pasir
sedikit pewarna hijau
1 s/k air kapur
sedikit garam digaul bersama kelapa parut (putih sahaja)

Cara2 :-

1) masukan 2 cwn air pandan kedlm mangkuk kemudian masukan tepung gandum, tepung ubi dan gula kacau hingga gula hancur dan sebati

2) tapiskan bahan2 diatas kedlm loyang dan kukus lebih kuirang 30 minit

3) apabila dah masak potong kuih dan taburkan kelapa parut di atasnya....


Tuesday 9 August 2011

SAGU GULA MELAKA

hari ni berbuka dgn sagu gula melaka la plak....ni le rupanya senang je nak membuatnya.....

Bahan2nya :-

sagu - direndam selama 20 minit kemudian toskan
gula melaka
susu cair
daun pandan


Cara2 :

1) masak gula melaka bersama daun pandan sehingga cair kemudian tapiskan dan sejukan

2) jerang air sampai mendidih kemudian cepat2 masukan sagu tadi...masak sehingga sagu kelihatan jernih

3) basuh sagu dan toskan..ambil sagunya masukan kedlm mangkuk kecil kemudian masukan gula melaka dan tuang susu cair...dah boleh dimakan...senangkan...!!!

SELAMAT MENCUBA.....

Saturday 6 August 2011

PUDING TELUR


Bahan2 :-

8 biji telur ayam
1 tin susu pekat manis
1 tin air
1 s/t esen vanila
pewarna kuning

Cara2 :

1) pukul telur kemudian masukan susu pekat manis,esen vanila,pewarna kuning dan air pukul lagi hingga sebati
2) tapis dulu sebelum dimasukan ke dlm acuan untuk dikukus
3) kukus selama 30 minit angkat dan sejukan...kemudian masukan dlm peti ais

SELAMAT MENCUBA.....

AYAM BAKAR MANDHI & NASI MANDHI

 bahan2nya :-

1 ekor ayam
1 s/b serbuk ketumbar
1 s/b serbuk jintan manis
1 s/b serbuk lada hitam
1 s/b serbuk kunyit
1 s/b rempah campuran
1 @ 2 ulas bawang besar - dipotong bulat
1 @ 2 biji lemon - dipotong bulat
garam
pewarna kuning
aluminium foil

Cara2 :-

1) cuci ayam dan toskan kemudian lumurkan kesemua bahan rempah serbuk dan garam
2) letakan dlm aluminium foil dan susun lemon dan bawang atas ayam dan balut..kemudian bakar dlm oven selama 1 jam...
3) 20 minit terakhir bukak aluminium foil dan keluarkan jus yg keluar dr ayam (jgn dibuang boleh dibubuh dlm ramuan nasi mndhi nanti..)
4) kemudian bakar lagi ayam tadi sehingga kering....







Bahan2nya -:

4 cwn beras basmathi ( akak pakai beras biasa je...tp lebih cantik kalau pakai beras basmathi la....pastu rendam dulu dlm 20 minit)
3 s/b minyak sapi
4 1/2 cwn air atau secukupnya
1 ulas bawang besar - dihiris nipis
3 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 inci halia - dihiris nipis memanjang batang mancis
1/2 cwn kismis
rempah untuk menumis (bunga lawang,kulit kayu manis,bga cengkih dan buah pelaga)
pewarna kuning
garam

Cara2nya :-

1) basuh beras dan toskan
2) tumis bahan yg dhiris nipis tadi dan rempah tumis sehingga naik bau masukan buah kismis dan kacau seketika 
3) tuang bahan tumisan tadi kedlm rice cooker masukan beras,garam,dan jus dr ayam tadi dan masak nasik...
4) apabila nasi dah kering buat lubang ditengah2nya letakan alumium foil dan letakan bara kayu arang bersama sesudu minyak dan tutup selama 2 minit supaya aroma asap kayu arang dapat meresap dlm nasi...(akak tak bubuh pun sbb takde arang..he..he..) boleh skip part ni....
5) bukak tudung periuk...keluarkan arang tadi dan bubuh pulak pewarna kuning dan gembur nasik dan masak lagi sehingga nasik masak..


Bahan Acar : 1 biji tomato dipotong dadu ,5 biji cili hijau dihiris nipis, 1 pokok daun ketumbar dihiris halus2,garam dan perahan lemon...gaul semua bahan....atau boleh jugak dimakan bersama acar nenas dan timun..

Tuesday 2 August 2011

AYAM PANGGANG BEREMPAH

Hidangan untuk berbuka hari ni..akak buat ayam panggang berempah ala-ala Kenny Roger's gitu....he..he..ni le ayam panggangnye......




Bahan2nya :


seekor ayam (akak buat separuh jer..)
1 ulas bawang besar
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 s/b L&P sos worchestershire
1 kiub pati ayam
2 s/b madu/gula
1 s/b serbuk cili
1 s/b serbuk rempah 
2 s/b sos lada hitam
sedikit garam

1) Bersihkan ayam dan toskan
2) Blender bahan2 di atas kecuali yg berbentuk serbuk kemudian lumurkan keatas ayam tadi dan perap selama 1  atau 2 jam
3) Bakar dlm oven lebih kurang 50 min......

boleh diangkat dan hidangkan.....hmmmmmm yummy..!!!! 



ni le rupanya L&P sos worcestershire kpd sesiapa yg nak tahu......

Monday 1 August 2011

TEPUNG PELITA

Hari ni akak cuba buat tepung pelita pulak....rupanya sama mcm kue tako yg semalam tu..cuma bahan2nya je lain...cadangnya hari ni nak buat kotak dari daun pandan plak...tup2 kat pasar umah akak ni dah kehabisan daun pandan la plak..jadi akak pakai acuan tako lebihan semalam jer...amacam..nak tau rasanya ..cuba le buat sendiri he..he..he..!!! jom kita layan resepi tepung pelita ni....




TEPUNG PELITA

Bahan2 :-

Lapisan Bawah

1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air di blend bersama 4 helai daun pandan
1/2 s/k air kapur

*** satukan semua bahan di atas dan masak atas api perlahan sehingga pekat kemudian tuang ke dlm acuan plastik berbentuk 4 segi (acuan kue tako atau kotak yg diperbuat dari daun pandan/pisang )dan sejukan ***

Lapisan Bawah

4 s/b tepung beras
4 cawan santan 
sedikit garam

*** satukan semua bahan di atas dan masak di atas api perlahan sehingga pekat..kemudian sendukan ke atas lapisan bawah tadi dan sejukan....***


SELAMAT MENCUBA.....,,,